29.3 C
Jakarta
Minggu, Maret 7, 2021

Pisah Sambut Kajari Baru Lebong, Diiring Lantunan Khas Rejang

LEBONG, BEO.CO.ID - Pemkab Lebong dalam pelaksanaan pisah sambut Kejaksaan Negeri (Kajari) Kabupaten Lebong, Provinsi Bengkulu baru dan yang lama digelar dirumah dinas Bupati...

Latest Posts

Misterius!!! Harimau Cindaku Warisan Leluhur Kerinci

Kerinci- Beo.co.id- Orang Melayu dulu, sebelum kahwin dengan orang seberang, dia akan tanya asal mana?
Kalau asal Jambi atau Kerinci susah mereka terima sebab dua kawasan ini memang terkenal dengan ilmu harimau jadian…
Harimau jadian merupakan jelmaan manusia yang mempunyai kuasa merubah diri menjadi seekor harimau. Ilmu harimau jadian ini diperoleh dengan amalan ilmu hitam. Harimau jadian ini akan menjadi kepentingan dirinya seperti menjaga kebun, menjaga keluarganya, diri dan negara dari pada musuh. Tetapi dalam beberapa peristiwa, harimau jadian juga turut membunuh manusia dan ternakan seperti lembu dengan mematahkan leher herwan ternakan tersebut.
Harimau jadian juga turut dikenali sebagai harimau Cindaku. Ilmu harimau jadian ini bukanlah berasal daripada Tanah Melayu kerana ilmu ini dikatakan berasal daripada Kerinchi Indonesia yang dibawa bersama oleh penghijrah tersebut ke Semenanjung Tanah Melayu.
Mereka yang inginkan ilmu ini akan bertapa semasa bulan purnama di puncak gunung Kerinci. Ilmunya itu dikira dapat dikuasai apabila berjaya bertukar menjadi harimau jadian. Apabila berjaya menguasai ilmu ini, mereka juga diperkirakan turut menguasai harimau sebenar dan juga segala binatang buas.
Apabila menjadi harimau, pengamal ilmu ini dapat bergerak dengan sangat pantas untuk kemana-mana destinasi yang diingini.
Orang Kerinci ini akan memperturunkan ilmu harimau jadian ini kepada keturunan mereka. Kepakaran orang Kerinci ini memang berkenaan dengan harimau. Jikalau mereka tidak mengamalkan ilmu harimau jadian sekalipun, mereka tetap mempunyai ilmu bersahabat dengan harimau.
Ilmu ini dikenali juga sebagai Ilmu Belang Tunggal dimana mereka akan mengadakan perjanjian dengan nenek moyang atau jin yang bernama Tingkas. Harimau jadian pernah menjadi ketakutan orang Melayu pada zaman dahulu. Kisah dan cerita mengenai harimau jadian ini pula diperturunkan dari generasi ke generasi.

Penulis : Doni Indra, A.Md

Latest Posts

Don't Miss